top of page
lafiy logo_edited.jpg

Lafiy Transport & Travel Malaysia

TOP Travel Agency & Car / Van / Bus with Driver In Malaysia

WhatsApp Image 2025-08-18 at 10.25.10 AM (1).jpeg
c7692619-d52c-4802-b60b-9dfe83e1a5f8.jpg

Hi Semua, JOM  Melancong ke Mesir kos dari
RM 4,600 seorang !

Mesir ,

siapa je yang tak pernah dengar kan ?

Bandar yang penuh bersejarah semenjak zaman Firaun sehingga ke Turki Uthmaniyah .Digelar "Ardul Kinanah ", paling sesuai untuk family yg nak bercuti sebab semua jenis tempat ada.

Sekarang ni jom saya bagitahu korang kenapa kena pergi Mesir

SEKALI SEUMUR HIDUP.

KENAPA KENAPA KENAPA ?

Hehe over pulak. 

JAP, Sebelum tu sy nak bagitahu, APA MASALAH YANG BIASA
TRAVELLER HADAPI. 
 

  1. Salah susun itinerary
    Terlalu padat, tak realistik. Akhirnya penat dulu, tempat best pula tercicir.

  2. Kos jadi lebih mahal tanpa sedar
    Salah pilih transport, salah timing, salah booking. Niat nak jimat, duit bocor senyap-senyap.

  3. Kena scam & tourist trap
    Harga “local” tiba-tiba naik bila dengar loghat luar.

  4. Masalah bahasa & komunikasi
    Nak tanya arah pun payah, apatah lagi bila berlaku kecemasan.

  5. Tak tahu timing terbaik sesuatu tempat
    Sampai lokasi cantik… tapi salah masa. Tutup, sesak, hujan, atau tak feel langsung.

  6. Tiada backup plan bila berlaku masalah
    Flight delay, cuaca rosak, tempat tutup. Semua kena fikir sendiri, dalam keadaan penat.

  7. Tak jumpa hidden gem
    Tempat cantik yang orang tempatan je tahu — terlepas begitu saja.

  8. Berlaku emergency, tiada contact rujukan
    Tak tahu nak hubungi siapa. Panik datang dulu, solusi datang lambat.

SO NOW, Sy nak bagitahu 3 SEBAB Kenapa korang kena pergi Mesir ? why ? hehe

tiga-madrasah-bersejarah-di-dalam-masjid-al-azhar.jpg

No. 1 : Mesir ni sesuai untuk semua.

Mesir ni sesuai untuk semua sebab:

  1. Iklim di Mesir 4 musim, boleh pilih musim apa untuk traveller nak pergi .

  2. Makan banyak pilihan, bermula dengan masakan nusantara sehingga ke makanan Arab , semuanya tersedia .

  3. Shopping murah, sebab rate duit mereka rendah , semua boleh beli tak kira bajet .

  4. Aktiviti pelbagai, bermula dari menjejaki sejarah Islam , melawat sejarah Firaun , sehingga aktiviti pantai dan mendaki ,semua ada .

  5. Vibe arab santai, tak sesak macam bandar besar lain

Simple, senang jalan, senang enjoy.

c8f76a9e-50fc-42f6-90a7-241cf22deacf.jpg
photo-1613546190879-6657d93839e6.jpg
FB_IMG_1651184705552.jpg

No2: Mesir dikenali 
sebagai ARDUL KINANAH

Ini 3 sebab paling padu kenapa:

1️⃣ Bermula dengan sejarah Firaun semenjak sebelum zaman Nabi Musa AS

2️⃣ Ramai para anbiya' dan orang Soleh dimaqamkan di sini . Bermula dengan Maqam Sayyidina Hussein RA , cucu Baginda Nabi Muhammad SAW dan Maqam Imam Syafie RA di Kaherah , sehingga ke Maqam Nabi Allah Harun AS di Sinai dan banyak lagi

3️⃣ Budaya yang pelbagai kerana bermula dengan zaman para Nabi yang terdahulu , sehingga membawa kepada tanah penguasaan kerajaan Islam , kemudian dibawah penguasaan kuasa luar yang akhirnya kembali ke penguasaan kerajaan Islam .

c8f76a9e-50fc-42f6-90a7-241cf22deacf.jpg
Shrine_on_Mt_Aaron.jpg
angieaway-dot-com-5d3bfba90d82304a462f4ec2.jpg

No. 3: Mesir kreatif dalam pelancongan sejarah (history tourism)

Mesir ni tak jual sejarah dengan cara biasa.
Mereka cipta pengalaman — contohnya Sinai , bukan setakat kita boleh dengar dan melihat sejarah Nabi Allah Musa AS , bahkan kita boleh rasai sendiri pendakian gunung Sinai seperti mana mendakinya Nabi Allah Musa AS , melihat sendiri di depan mata 12 telaga Nabi Allah Musa AS kepada kaumnya .

Mereka juga ada kumpulkan artifak artifak lama , susunkan semuanya didalam satu tempat best kat Kaherah .

King-tuts-gold-face-mask-x.jpg

OK, Selalunya macam ni,

Mula Mula Pergi dgn Lafiy,
Then korang fall in love dengan tempat ni,
Lepas tu korang bolehlah pergi sendiri selalu.
Kan Kan ? Hehe

9 SEBAB Kenapa Pulak Kena Pergi dengan Lafiy ?

Lebih 10 tahun dalam industri, puluhan ribu klien,

satu prinsip je kami pegang:
"Treat Client Like King" Hehe

Pengalaman almost 10 tahun

Mendapat Kelulusan TCC 

(Pembayar cukai)

Mengutamakan Keselamatan

Group whatsapp support utk client

Boleh custom ikut bajet anda

No Hidden Charge, hehe

Lengkap berdaftar dengan

Kementerian Pelancongan

Mempunyai travel sub partner

yg berpengalaman

Insyallah, kami buat yg terbaik

"Clean Vehicle brings happy client"

"Also with the friendly tour leader.."

LAFIY - Pilihan anggaran lebih 10,000 pelanggan sejak ditubuhkan 2015

Betul ke dengan Lafiy ni BEST?

Apa yang client
cakap pasal Lafiy
?

IMG_5084.JPG.jpeg
"Assalamualaikum…
Kami sekeluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd pihak Lafiy & sahabat2 MBK semua kerana menerima kami sekeluarga utk bersama trip ni… Mohon maaf dari kami andai ada salah & silap dari segi pertuturan & tingkah laku dari saya , wife & anak2… Semoga kita dpt bersama lagi di trip akan dtg….
Next trip Luncurrrrrr…..
😘🫰🏻"
912b4465-9304-4abd-ade5-f4252b73180f.jpg
"Assalamuaalaikum, Setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Lafiy Travel terutamanya Bos **** yang menjalankan misi perjalanan dengan baik dan berjaya. Terima Kasih diucapkan dan mohon dihalalkan segala penambahan atau kekurangan daripada pihak kami. Dan kepada rakan2 seperjuangan Terima Kasih diatas kerjasama yang baik dan bantuan kecemasan dalam menyelesaikan masalah kesihatan rombongan kita dengan cepat dengan bekalan ubat ubatan yang lengkap. Sgt terhutang budi. Semoga Allah membalas jasa baik semua di dunia/akhirat. Credit kepada En. Khairul dan En. Hairie dalam menguruskan perjalanan dengan sgt bertanggungjawab dan membekalkan kami detik2 rakaman yang menarik untuk dijadikan kenangan. Tidak ketinggalan kepada Pn. Mira terima kasih diucapkan banyak membantu menganggu urusannya siang dan malam dalam menyelesaikan segala urusan trip ini. Mohon pihak Latiy Travel memberi penghargaan atau sagu hati kepada ketiga tiga watak penting ini. Mohon Maaf dari saya sekeluarga. Dan Terima Kasih diatas segalanya, 
#PakRudi Memang Terbaik dan Peramah. Terus kekalkan dia.
5759626e-4218-4408-9de9-6204e6895b2a.jpg

Assalamualaikum W.b.t.h dan salam magrib, 
Setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga Lafiy Travel kerana menguruskan perjalanan kami ke Bandung selama 4H3M dengan sangat baik dari awal urusan sehingga tamat semuanya lancorrr. Terima kasih juga utk guide kte Khai & Rie yg sanggup dan sabar melayan kerenoh pkck dan bawang nie. Alhamdulillah tamat sudah semuanya, dikesempatan ini sye nk mohon maaf andai ade terkasor bahasa tersilap bicara selama kte bekerjasama.. In shaa allah panjang umur kte jumpa lg di lain waktu.. Batam luncurrrrr... Tibehhhhh🤪🤪

Akhir kata dari sye semoga semuanya selamat sampai ke destinasi pulang masing masing.

Lesen - Lesen Syarikat

WhatsApp Image 2026-02-11 at 12.04.56 PM.jpeg

Sijil Pendaftaran SSM

WhatsApp Image 2026-02-11 at 12.04.55 PM.jpeg

Sijil Kementerian Pelancongan (MOTAC)

WhatsApp Image 2026-02-11 at 12.06.04 PM.jpeg

Sijil Kementerian Kewangan (MOF)

Nak Booking ?

Deposit hanya RM 500,

Bakinya boleh bayar

secara ansur ansur :)

Okay done part tu. :)
Sekarang, Korang boleh pergi mana je kat Mesir ?
JOM kita Find Out TOP 12 Tempat nih. 

FB_IMG_1651184705552.jpg

Disinilah terletaknya kepala Cucu Baginda Saidina Muhammad SAW , Sayyidina Husein RA dipindahkan disini setelah kejadian bardarah di Karbala .

tiga-madrasah-bersejarah-di-dalam-masjid-al-azhar.jpg

Universiti pertama didunia didirikan dari zaman Fatimiyah , oleh kaum Syiah pada asalnya , kemudian bertukar kepada pusat ilmu kepada Ahli Sunnah wal Jamaah setelah penaklukan Sultan Salahuddin Al Ayyubi yang masih gah berdiri sehingga ke hari ini , bahkan menjadi pusat utama ilmuan islam Ahli Sunnah .

great_pyramid_of_giza.webp

Piramid yang dibina dari zaman Firaun Khufu dari Dinasti Keempat Mesir (2606 S.M - 2583 S.M ) , sebagai makam kepada Firaun Khufu .

Shrine_on_Mt_Aaron.jpg

Makam Nabi Allah Harun AS , ketika bersama saudaranya Nabi Allah Musa AS , setelah daripada peristiwa perpindahan Bani Israel dari Mesir ,merentas lautan kerana hendak menuju ke Palestin .

E03-rYaWQAITUBr.jpg

Ini ialah makan Imamuna As Syafie' RA , ketika mana menjelang penhghujung hayatnya Sang Imam , Imam Syafie banyak menghabiskan masa dan menulis kepelbagaian ilmunya di Mesir ,yang dikenali sebagai Qaul Jadid untuk mazhab Syafie .

valley-of-kings.jpg

Lokasi pemakaman banyak firaun yang dibina gah dan khas kerana , mereka juga mempercayai kepada kehidupan selepas kematian . 

itinerario-circuito-templo-abu-simbel-.jpg

Abu Simbel menjadi bangunan kemegahan untuk menakut nakutkan bangsa luar , Nubia , dan sebagai tugu kekal bagi Firaun Ramses II dan ratunya Nefertari .  

angieaway-dot-com-5d3bfba90d82304a462f4ec2.jpg

Gunung yang menjadi saksi kepada kejadian berkata katanya Nabi Allah Musa AS bersama Allah SWT . Juga menjadi salah satu tempat persinggahan Nabi Musa AS ketika mana mereka keluar dari tanah Mesir hendak menuju ke Palestin . 

38104_upload66c35d93217fa_1724079507-0-en1724079512.jpg

Wadi Ar Rayyan , Fayyum . Air mata air dan oasis  yang sejuk ditengah tengah padang pasir yang panas . Menjadi lokasi jelas kepada kekuasaan Allah SWT .

17991561_1277989582322791_1263857088827092698_o.jpg

Antara pasar yang tertua di dunia , Souq Khan Khalili . Menempatkan lebih ribuan kedai dan tempat perniagaan , dari pakaian , barangan , cenderehati dan banyak lagi . Memang rambang mata kalau untuk yang kaki Shopping .

alexandria.webp

Menjadi asal lokasi kepada Rumah Api Alexandria , Pharos ( salah satu 7 keajaiban dunia kuno ) yang sudah musnah setelah dibina oleh Sultan Mamluk al Asyraf Qaitbay , sebagai kubu pertahanan kerajaan Mamluk daripada kerajaan Uthmaniyyah .

WhatsApp Image 2024-03-07 at 11.09.55.jpeg

Sturuktur bersejarah semasa zaman Nabi Allah Yusuf AS , dibina untuk mengairi ladang gandum sekaligus menunjukkan kepada kebijaksaan Nabi Allah dalam mengatasi masalah peraian di satu satu lokasi .

Haa Part ni penting,
Jom kita Study Itinerary :)

Itinerary ni kita dah fitkan dan da study, supaya jadual tak rushing, korang boleh enjoyy !

762835c0-f7b3-4c1f-a680-9b164e4db300.jpg

Day 1 : Kita Berkumpul di KLIA - Kaherah, Naik Flight 

Berkumpul di lapangan terbang 4 jam sebelum penerbangan, seterusnya berlepas dari Kuala Lumpur ke Kaherah Mesir (KUL–CAI). Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah Mesir , peserta akan dijemput dan meneruskan perjalanan ke Madinah Nasr. Menggunakan pengangkutan daratan Coaster / Bas . Program diteruskan dengan dimulakan dengan check in hotel dahulu dan diberikan masa untuk berehat dan makan tengahari / malam (bergantung kepada masa flight ) 

Read More
Al-Azhar-Mosque-Exterior-Egypt-Tours-Portal.jpg

Day 2 - 3 ( Menjelajahi Bandar Kaherah )

Hari Kedua dan Ketiga,  setelah kita makan sarapan pagi di hotel , kita akan bermula menjelajahi kota Kaherah , Mesir . Bermula dengan menziarahi Makam Imam kita , Imam Syafie RA (tokoh islam yang menyusun fiqh beserta kaedah kaedah fiqh ) , menziarahi makam Sayyidatina Nafisah RA , mengunjungi Masjid Al Azhar Asy Syarif ( pusat para ilmuan Ahli Sunnah). Seterusnya Piramid Giza , pembinaan ikon kepada Mesir . Melawati juga kubu pertahanan Sultan Salahuddin Al Ayyubi , memasuki National Grand Museum of Egypt , lokasi penyimpanan artifak purba dari zaman Firaun , mumia , artifak , tugu dan macam macam lagi dalam ni . Menziarahi Masjid Sayyidina Amru , sahabat Nabi Muhammad SAW yang menjadi Qadi di Mesir . Memasuki Dessert Shop , untuk merasai manisan dan juadah fresh dari Mesir. Pada malam hari , kita akan makan malam dan rehat .

Read More
The-Architecture-of-the-Tombs-Engineering-Marvels.webp

Day 4 ( Kaherah - Fayyum )

Hari keempat , setelah kita bersarapan pagi di hotel , kita akan menaiki bas menuju ke Fayyum . Melihat dihadapan mata kincir air Nabi Yusuf AS ketika Baginda menjadi Raja Mesir . Mengunjungi tasik Qarun dan istananya Qarun , dipercayai lokasi tenggelamnya harta harta Qarun yang sangat banyak sehingga menjadi sebuah Tasik yang sangat besar . Santapan makan tengahari yang menyelerakan . mengunjungi Wadi Ar Rayyan , oasis air mata yang sejuk ditengah tengah padang pasir . Ada juga aktiviti ATV , Safari Jeep dan Sandboarding . Setelah puas kita bermain , kita akan kembali pulang ke Kaherah , makan malam didalam perjalanan dan berehat . 

Read More
alexandria.webp

Day 5 ( Kaherah - Iskandariah )

Hari Kelima , setelah kita bersarapan Pagi , kita semua akan bergerak menuju ke Bandar Romantik , Alexandria / Iskandariah . Mengunjungi Alexandria National Museum , juga memasuki perpustakaan terbesar di dunia , Bibliotheca Alexandrina .Melihat lokasi teater Zaman Kuno Rom , Roman Theatre. Menziarahi Citadel of Qaitbay , kubu pertahanan kerajaan Mamluk dari serangan tentera Uthmaniyyah . Ketika sudah puas menjelajah dan mendengar sejarah bandar Alex , kita akan menziarahi Makan Imam Busiri RA, imam yang menulis syair dan bait yang sangat masyhur dalam kalangan Para Perindu Rasulullah SAW . Jika berkesempatan , kita akan mendengar Syair syair tersebut didalam perjalanan. Perjalanan diteruskan menuju ke Kaherah , dan pulang . 

Read More
Schafi'i-Mausoleum_in_Kairo.jpg

Day 6 - 7 ( Leisure - Shopping - KLIA ) 

Hari keenam , setelah sarapan , kita akan menziarahi Makam Cucu Baginda SAW , Sayyidina Husein RA . Bersolat di masjid dan menziarahi beliau merupakan perkara yang mesti kita akan lakukan disana , supaya perjalanan kita bukan sahaja memenuhi kehendak diri kita semata , tapi dapat dipenuhi dengan Aktiviti rohani . Setelah kita selesai memberi salam kepada beliau , kita akan teruskan perjalanan kita dengan shopping di Khan Khalili , antara pasar tua di dunia . Banyak barangan yang dijual disini tau . Berjalan jalan santai di kawasan Al Azhar , dan bersolat berjemaah di Masjid Al Azhar . Kita akan pulang setelah semua pengunjung puas berjalan jalan di kawasan sekitar . 

Pada hari terakhir , pengunjung akan bersiap siap untuk perjalanan pulang . Bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah , dan menuju pulang ke KLIA . Kita tidak penat kosong , kita akan membawa pulang memori kota sejarah Mesir yang takkan kita lupakan , sampai bila bila ....

Read More

Harga termasuk apa dan tidak termasuk :

Include​

  • Tiket Penerbangan Pergi Balik 

  • Makan 3x sehari ( makanan masakan Melayu )

  • Penginapan hotel Madinah Nasr 

  • Private Transportation

  • Tour Guide fasih berbahasa Melayu dan Arab 

  • Tipping Fee & Insurance Travel

  • ​Tiket Kemasukan ( Grand Museum / Piramid Giza / Citadel Qaitbay / Masjid Saidina Amru / Kubu Salahuddin )

Exclude​

  • Additional Tours & Meals

  • Personal Expenses

  • Excess Baggage Fee

  • Aktiviti Tambahan ( ATV / Sandboarding / Jeep Safari )

JOM Check harga !

Harga Pakej 7H5M

Untuk pakej custom, contohnya kalau nak lebih lama, lebih tak rushing :),

atau lebih premium, hotel yang lebih grand, yang tu kena PM Kami directly ya.

Pakej Standard ( Kaherah - Fayyum - Alexandria )
RM 4,590 

- Penerbangan pergi balik

-Penginapan 7H5M di hotel selesa

- Fullboard 

- Pengangkutan darat private (kereta/van/bas)

- Insurans

- Pemandu Pelancong

- Entrance Fees

Pakej Premium ( Kaherah - Dahab - Sinai )
RM 4,990

- Penerbangan pergi balik

-Penginapan 7H5M di hotel selesa

- Fullboard 

- Pengangkutan darat private (kereta/van/bas)

- Insurans

- Pemandu Pelancong

- Entrance Fees

Pakej Gold ( Kaherah - Luxor - Aswan )
RM 5250

- Penerbangan pergi balik

-Penginapan 7H5M di hotel selesa

- Fullboard 

- Pengangkutan darat private (kereta/van/bas)

- Insurans

- Pemandu Pelancong

- Entrance Fees

Sebelum Booking,
Ini adalah perkara yg Korang kena Tahu :

sebelum korang tekan butang isi borang tu, ada beberapa perkara kecil tapi penting untuk kita selaraskan dulu 🌍✨

1. Maklumat Perjalanan

Sebelum booking, pastikan tarikh perjalanan, jumlah peserta, dan lokasi pick-up/drop-off adalah betul. Kalau ada kanak-kanak, warga emas, bagasi besar, atau keperluan khas, maklumkan awal supaya itinerary dan kenderaan boleh disesuaikan.

2. Bayaran & Polisi

Booking hanya akan disahkan selepas bayaran deposit dibuat. Setiap pakej tertakluk kepada polisi pembatalan dan perubahan tarikh. Sebarang pembatalan saat akhir mungkin dikenakan caj, bergantung kepada hotel, transport, dan vendor yang terlibat.

3. Jadual & Kerjasama Semasa Trip

Sepanjang perjalanan, tetamu diminta ikut jadual yang telah dipersetujui. Kelewatan boleh menjejaskan keseluruhan itinerary. Kerjasama semua pihak akan bantu trip berjalan lancar dan selesa untuk semua.

Contact Our Sales Happy Go Lucky Team Members

amira.avif

Ms Amira

john.avif

Amu Din 

kerol.avif

Mr Khairul

ISI BORANG INQUIRY

Kami akan hubungi melalui whatsapp :)

bottom of page