
Lafiy Transport & Travel Malaysia
TOP Travel Agency & Car / Van / Bus with Driver In Malaysia
.jpeg)

Hi Semua, JOM Melancong ke Bandung kos dari
RM 890 seorang !
Bandung,
siapa je yang tak pernah dengar kan ?
Bandar yang sejuk
(TANPA MUSIM SEJUK).
Digelar "Paris of Java", paling sesuai untuk family yg nak bercuti sebab semua jenis tempat ada.
Sekarang ni jom saya bagitahu korang kenapa kena pergi Bandung
SEKALI SEUMUR HIDUP.
KENAPA KENAPA KENAPA ?
Hehe over pulak.


JAP, Sebelum tu sy nak bagitahu, APA MASALAH YANG BIASA
TRAVELLER HADAPI.
-
Salah susun itinerary
Terlalu padat, tak realistik. Akhirnya penat dulu, tempat best pula tercicir. -
Kos jadi lebih mahal tanpa sedar
Salah pilih transport, salah timing, salah booking. Niat nak jimat, duit bocor senyap-senyap. -
Kena scam & tourist trap
Harga “local” tiba-tiba naik bila dengar loghat luar. -
Masalah bahasa & komunikasi
Nak tanya arah pun payah, apatah lagi bila berlaku kecemasan. -
Tak tahu timing terbaik sesuatu tempat
Sampai lokasi cantik… tapi salah masa. Tutup, sesak, hujan, atau tak feel langsung. -
Tiada backup plan bila berlaku masalah
Flight delay, cuaca rosak, tempat tutup. Semua kena fikir sendiri, dalam keadaan penat. -
Tak jumpa hidden gem
Tempat cantik yang orang tempatan je tahu — terlepas begitu saja. -
Berlaku emergency, tiada contact rujukan
Tak tahu nak hubungi siapa. Panik datang dulu, solusi datang lambat.
SO NOW, Sy nak bagitahu 3 SEBAB Kenapa korang kena pergi Bandung ? why ? hehe

No. 1 : Bandung ni sesuai untuk semua.
Bandung sesuai untuk semua sebab:
-
Cuaca sejuk, jalan seharian pun tak cepat penat
-
Makan banyak pilihan, senang cari yang ngam dengan selera
-
Shopping murah, semua boleh beli tak kira bajet
-
Aktiviti pelbagai, family, couple atau geng semua ada
-
Vibe santai, tak sesak macam bandar besar lain
Simple, senang jalan, senang enjoy.



No. 2: Bandung diiktiraf sebagai UNESCO Creative City
Ini 3 sebab paling padu kenapa:
1️⃣ Pusat fesyen & reka bentuk paling aktif di Indonesia
Bandung ni “kilang idea” fesyen. Ramai designer muda lahir dari sini.
2️⃣ Komuniti seni & muzik indie yang kuat
Bandung terkenal dengan scene muzik indie dan seni visual.
3️⃣ Budaya inovasi & kolaborasi bandar
Bandung ada banyak ruang kreatif: co-working space, maker space, kafe seni, event kreatif. Kerajaan bandar, universiti, dan komuniti bekerjasama jadikan idea sebagai ekonomi.



No. 3: Bandung kreatif dalam pelancongan bandar (urban tourism)
Bandung ni tak jual bandar dengan cara biasa.
Mereka cipta pengalaman — contohnya Bandros, bas yang rupa macam kereta api kecil, bawa pelancong pusing bandar, lalui kawasan warisan macam Braga, bangunan kolonial, spot seni & sejarah.
Itu design thinking.
Ambil idea lama (heritage + sejarah), bungkus dengan konsep moden, mesra pelancong, dan fun.


9 SEBAB Kenapa Pulak Kena Pergi dengan Lafiy ?
Lebih 10 tahun dalam industri, puluhan ribu klien,
satu prinsip je kami pegang:
"Treat Client Like King" Hehe
Pengalaman almost 10 tahun
Mendapat Kelulusan TCC
(Pembayar cukai)
Mengutamakan Keselamatan
Group whatsapp support utk client
Boleh custom ikut bajet anda
No Hidden Charge, hehe
Lengkap berdaftar dengan
Kementerian Pelancongan
Mempunyai travel sub partner
yg berpengalaman
Insyallah, kami buat yg terbaik
"Clean Vehicle brings happy client"
"Also with the friendly tour leader.."
LAFIY - Pilihan anggaran lebih 10,000 pelanggan sejak ditubuhkan 2015
Betul ke dengan Lafiy ni BEST?
Apa yang client
cakap pasal Lafiy?

"Assalamualaikum…
Kami sekeluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd pihak Lafiy & sahabat2 MBK semua kerana menerima kami sekeluarga utk bersama trip ni… Mohon maaf dari kami andai ada salah & silap dari segi pertuturan & tingkah laku dari saya , wife & anak2… Semoga kita dpt bersama lagi di trip akan dtg….
Next trip Luncurrrrrr…..
😘🫰🏻"

"Assalamuaalaikum, Setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Lafiy Travel terutamanya Bos **** yang menjalankan misi perjalanan dengan baik dan berjaya. Terima Kasih diucapkan dan mohon dihalalkan segala penambahan atau kekurangan daripada pihak kami. Dan kepada rakan2 seperjuangan Terima Kasih diatas kerjasama yang baik dan bantuan kecemasan dalam menyelesaikan masalah kesihatan rombongan kita dengan cepat dengan bekalan ubat ubatan yang lengkap. Sgt terhutang budi. Semoga Allah membalas jasa baik semua di dunia/akhirat. Credit kepada En. Khairul dan En. Hairie dalam menguruskan perjalanan dengan sgt bertanggungjawab dan membekalkan kami detik2 rakaman yang menarik untuk dijadikan kenangan. Tidak ketinggalan kepada Pn. Mira terima kasih diucapkan banyak membantu menganggu urusannya siang dan malam dalam menyelesaikan segala urusan trip ini. Mohon pihak Latiy Travel memberi penghargaan atau sagu hati kepada ketiga tiga watak penting ini. Mohon Maaf dari saya sekeluarga. Dan Terima Kasih diatas segalanya,
#PakRudi Memang Terbaik dan Peramah. Terus kekalkan dia.

Assalamualaikum W.b.t.h dan salam magrib,
Setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga Lafiy Travel kerana menguruskan perjalanan kami ke Bandung selama 4H3M dengan sangat baik dari awal urusan sehingga tamat semuanya lancorrr. Terima kasih juga utk guide kte Khai & Rie yg sanggup dan sabar melayan kerenoh pkck dan bawang nie. Alhamdulillah tamat sudah semuanya, dikesempatan ini sye nk mohon maaf andai ade terkasor bahasa tersilap bicara selama kte bekerjasama.. In shaa allah panjang umur kte jumpa lg di lain waktu.. Batam luncurrrrr... Tibehhhhh🤪🤪
Akhir kata dari sye semoga semuanya selamat sampai ke destinasi pulang masing masing.
Lesen - Lesen Syarikat

Sijil Pendaftaran SSM

Sijil Kementerian Pelancongan (MOTAC)

Sijil Kementerian Kewangan (MOF)
Nak Booking ?
Deposit hanya RM 500,
Bakinya boleh bayar
secara ansur ansur :)
Okay done part tu. :)
Sekarang, Korang boleh pergi mana je kat Bandung ?
JOM kita Find Out TOP 12 Tempat nih.

Tempat bergambar ikonik dengan view bukit dan alam. Datang sini memang wajib ambil gambar.

Spot alam semula jadi dengan aktiviti outdoor dan view hutan yang cantik.

Makan sambil jalan atas tasik, banyak pilihan makanan dan cenderamata.

Satu tempat, boleh rasa vibe banyak negara. Best untuk gambar dan jalan santai.

Konsep ala Eropah, sesuai untuk family dan yang suka ambil gambar.

Tasik gunung berapi berwarna putih kehijauan. Unik dan lain daripada yang lain.

View tasik yang tenang dengan bangunan berbentuk kapal. Tenang dan cantik.

Rumah kecil ala cerita Hobbit. Simple tapi menarik untuk bergambar.

Tempat wajib beli ole-ole. Kek dan pastry dia memang terkenal.

Syurga shopping factory outlet. Banyak pilihan baju dan harga berpatutan.

Makanan Padang premium, rasa padu dan portion memuaskan.

Indoor theme park terbesar di Bandung. Sesuai untuk family dan anak-anak
Haa Part ni penting,
Jom kita Study Itinerary :)
Itinerary ni kita dah fitkan dan da study, supaya jadual tak rushing, korang boleh enjoyy !

Day 1 : Kita Berkumpul di KLIA - Jakarta, Naik Flight -
Berkumpul di lapangan terbang 4 jam sebelum penerbangan, seterusnya berlepas dari Kuala Lumpur ke Jakarta (KUL–CGK). Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, peserta akan dijemput dan meneruskan perjalanan ke Bandung menggunakan Kereta Api Laju Whoosh atau van/bas bergantung kepada tiket (tiket termasuk). Program diteruskan dengan sesi membeli-belah di Rumah Kain Sulam M Collection dan kedai kain tekstil untuk kain sulam, batik, telekung dan lace.

Day 2
Hari Kedua, Lawatan diteruskan ke Rengganis Bridge & Keranjang Sultan dengan chairlift termasuk (tiket VVIP pada hujung minggu), jambatan gantung terpanjang di Asia Tenggara, sebelum singgah ke Kawah Putih, kawah gunung berapi terkenal di Bandung. Seterusnya membeli-belah ole-ole di Ole Ole Tiga Rasa, melalui Jalan Asia Afrika yang terkenal dengan suasana unik dan cosplayer, dan menutup hari dengan bersiar-siar di Braga Street yang sarat seni bina kolonial serta deretan kafe dan kedai bergaya.

Day 3
Lawatan diteruskan ke The Lodge Maribaya untuk aktiviti santai seperti camping, team building dan trekking dalam suasana alam semula jadi berhampiran hutan pain, sebelum ke Floating Market Lembang bagi menikmati pengalaman pasar terapung unik di atas tasik. Seterusnya, sesi membeli-belah di Pasar Baru untuk telekung, t-shirt dan kain, dan menutup perjalanan dengan singgah di Kartika Sari untuk ole-ole dan snek tempatan.

Day 4
Dari Bandung, kita bergerak santai ke Jakarta dengan van, singgah sekejap di By The Sea PIK untuk jalan-jalan dan cuci mata jenama lokal yang cantik-cantik. Lepas tu terus ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta untuk urusan check-in dan terbang balik dari CGK ke KUL.
Harga termasuk apa dan tidak termasuk :
Include
-
One-Way Whoosh Train Ticket (Bergantung pakej)
-
Makan (Bergantung pakej)
-
Accommodation (3 Star Hotel)
-
Private Transportation
-
Driving Guide (Malay/English Spoken)
-
Tipping Fee & Insurance Travel
Exclude
-
Flight Ticket (Depend on date)
-
Additional Tours & Meals
-
Personal Expenses
-
Excess Baggage Fee
JOM Check harga !
1. Maklumat Perjalanan
Sebelum booking, pastikan tarikh perjalanan, jumlah peserta, dan lokasi pick-up/drop-off adalah betul. Kalau ada kanak-kanak, warga emas, bagasi besar, atau keperluan khas, maklumkan awal supaya itinerary dan kenderaan boleh disesuaikan.
2. Bayaran & Polisi
Booking hanya akan disahkan selepas bayaran deposit dibuat. Setiap pakej tertakluk kepada polisi pembatalan dan perubahan tarikh. Sebarang pembatalan saat akhir mungkin dikenakan caj, bergantung kepada hotel, transport, dan vendor yang terlibat.
3. Jadual & Kerjasama Semasa Trip
Sepanjang perjalanan, tetamu diminta ikut jadual yang telah dipersetujui. Kelewatan boleh menjejaskan keseluruhan itinerary. Kerjasama semua pihak akan bantu trip berjalan lancar dan selesa untuk semua.






































